Tuesday, July 6, 2010

Zivilia - Aishiteru (Aku Cinta Kamu)

aku jadi minat lak lagu ni, ntah la. aku rasa ada something dlm lagu ni yg wat aku btol2 tertarik. mungkin melodi, mungkin lirik dia, tp yg pasti bkn vokalis dia yg kacak tu, aku bukan gay ok. ok layankan ni, lirik dibawakan khas oleh hidupmestisparkat.blogspot.com

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

Reff.
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Kembali ke Reff.

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
O…wu..wo..o..

Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo

Kembali ke Reff.

Wo wo wo..
Wo wo wo..a a ai aishiteru

Tuesday, June 1, 2010

Suri Rumah Lelaki = Sura Rumah

Assalamualaikum sume

Kita kembali lg di dalam post terbaru yg bakal membangkitkn isu hangat serta perdebatan diantara pelbagai kaum dan 3 jantina (lelaki, perempuan, dan .....)

Lelaki sebagai suri rumah adalah merupakan satu trend masa kini yg mana sang isteri yg bekerjaya keluar mencari rezeki manakala sang suami pula umpama menjadi semut merah di dalam rumah di dlm menguruskn kelengkapan seharian serta menyiapkn segala keperluan anak2.

Apa pendapat anda??

Pendapat aku??

Aku xpeduli pn pasal isu ni. Tapi sepatutnya sang suami yg seharusnya keluar mencari rezeki memandangkn posisinya sebagai ketua keluarga dan harus menjadi contoh kepada anak2. Bukan maksud aku wanita tidak boleh bekerjaya, tetapi sang suami tidak boleh merendahkan egonya dengan mengharapkn wang dari para isteri2. Lagipun, kalo suami tak kerja, takde duit, camne nk kawin lebih dari satu kn?? Ok abaikan penyataan aku ni.

So sebagai lelaki, bukan salah menjadi sura rumah, tetapi lagi bagus dan mulia jika wang dari titik peluh kita digunakan untuk menyara anak isteri tanpa terlalu mengharapkan pada bantuan mereka. Baru terasa bertanggungjawab, puas hati kn??

Ok sekian pada entry yg agak FORMAL ni

**********************************************************************************

Aku dpt idea nk wat citer pasal ni lepas aku dipertanggungjawabkn untuk jaga adik2 aku kat umah semasa ketiadaan parents aku, bermakna aku juga skang menjadi sura rumah muda yang berbakat tapi ...... oh!!

Tuesday, May 18, 2010

Rhythm of The Creature...

Kisah kehidupan ni kalo diceritakan, 17 keturunan pun takkan abis lg. Kisah suka, kisah duka, kisah bahagia, kisah derita, pelbagai kisah yang terkandung dalam kamus atau diari yang menceritakan tentang perjalanan hidup seseorang manusia samada dari suka ke duka, dari bahagia ke derita, dugaan dan rintangan yang silih berganti dalam mencapai satu tekad atau azam yang tersemat di dada.

Kisah aku? sori der, blog aku ni bukan utk cerita tentang aku saje, tp aku nk cerita tentang macam2 yang aku nampak dalam perjalanan hidup aku. Bukan bermaksud hidup aku penuh dengan kepayahan, sebab aku dah dengar banyak kisah hidup orang yang lagi payah, lagi susah, lagi derita.

Aku?? aku adalah aku. aku bukan kamu, dan aku tidak bisa menjadi orang lain selain diriku. kerna aku telah ditetapkan utk menjadi aku yang tidak mungkin bisa menjadi dirimu yang benar2 lain dari diriku.

Aku tetap aku. irama hidupku beralun, tidak pernah sekata. sentiasa berubah2 mengikut arus gelombang dunia semasa, pegangan prinsip menjadi panduan didalam meneruskan kehidupan. Irama aku terkadang syahdu, terkadang pilu, terkadang berlagu riang, terkadang sunyi tanpa sebarang nada.

Irama Hidupku, Irama Hidupmu berbeza, tapi kita tetap makhluk Tuhan yang biasa.

Assalamualaikum...

Monday, May 10, 2010

Pekerjaan Drebar Bas Yang Sepatutnya

Adios kompramatos dari gua...

Kali ni aku tak nak tulis panjang2 sebab sebenarnya skarang ni aku tengah mengantuk sebenarnya. Baru balik dari Kuala Lumpur malam tadi, sampai pagi tadi. Perjalanan yang mengambil masa berapa jam entah (xde masa aku nak fokus, ngantuk beb) tu penuh liku2 dan segala rintangan, yela nak meredah hutan lagi, nak kena berhadapan ngan binatang buas, maklumlah baru pulang dari perantauan.

Ok cut it short. Straight to the hell. Dari pemerhatian aku yang setajam helang ni, aku dapat pikir beberapa pekerjaan yang drebar bas ni sepatutnya jadi, maksud aku pilihan pekerjaan dia selain dari asyik pulas stereng bas yang besar talam tu.

1. Drebar Ambulans - Kalo yang ni memang tak lari la dari pulas stereng, tapi stereng dia kecik skit, pastu yang bestnye kenderaan dia siap ada bunyi2 lagi. So kalo ko nak bawak gila2, silakan apply jadi drebar ambulans, tak yah nak beratur kan, bleh men redah selit camtu jer, silap2 kalo ada orang sakit kat blakang tu bleh mati trus, terkejut nyer pasal.

2. Pakar Motivasi - Haaaa ni berdasarkan observation aku mlm td, aku dpt wat inferens yang brader2 drebar bas ni kuat bercakap. So dari dia bazirkan tenaga bercakap dia tu kat tempat yang tak sepatutnya, maka adalah lebih bagus lagi berwawasan kalo dia gunakan bakat dia tu untuk memimpin anak bangsa menuju ke mahligai cinta, eh opss, ke menara gading.

3. Superhero - Yang ni agak merapu skit, tapi layan jer la. Aku rasa terharu tengok brader bas tu pimpin tangan makcik usia separuh abad turun dari bas tu. So aku pikir yang brader ni layak jadi superhero dengan membantu manusia turun dari bas. Tak ke gitu??

4. Ahli Politik - Yang ni aku sangat setuju. Sebab apa, time aku dalam bas tu, ada sorang auntie ni salah bagitau tempat dia nak turun, so agak bengang jugak la brader bas ni. So jadi la sikit adegan perdebatan antara auntie tu ngan brader bas ni. Kalo korang tengok camne brader bas tu basuh auntie tu, perghhhh terbaik ah. Dia basuh auntie tu sampai berkilat wa cakap lu.

Buat masa skarang, aku boleh bagi empat jer. Kalo korang ada idea lagi, bagitau la ek. Sesama kita kongsi. Ok terpanjang plak entry gua. Papehal hidup mesti mau hepy, ingatlah keluarga yang tersayang...

Assalamualaikum...

Sunday, May 9, 2010

Wings to Fly??

Cerita tentang burung, sayap, dan kita...

Burung terbang ngan sayap. Kalo sayap xde, dah konfem2 tak bleh terbang burung tu. Camne sayap bleh buat burung tu terbang?? Untuk info, sayap burung lebih besar dari badannya sendiri... WOW WOW WOW...

Bayangkan kalo korang lekatkan atap zink yang saiz double dari badan korang kat blakang korang, agak2 tak ke terbang melayang manusia dihembus angin kencang yang bisa menghancurkan dunia?? ok prettttt cukup bermadah. Next chapter...

Manusia...

Bagai burung kehilangan sayap?? hmm sangat sangat besar maksudnya. Bagi org yg berfikiran cetek cam aku, memang aku rasa aku takkan paham. Tapi takpe, kita akan cuba fahami gak (berlagak hebat). Kita ikuti surat dari sorang makcik yang sedang bersedih.

DARI MAK BEDAH,
Assalamualaikum Encik Spark yang berkaliber. Di sini makcik hantar surat sebab makcik nak luahkan isi hati makcik, tapi kalo bleh nak luahkan isi perut skali, tapi tak sampai hati. Macam ni, anak makcik dah 2 bulan tak talipon makcik. Makcik paham dia sibuk, tapi kurang2 talipon la tanya kabar. Punya dia tak peduli kat makcik, sampaikn haritu makcik menang competition Counter Strike pun dia buat tak peduli jer padahal berita tu sampai masuk dalam paper. Kalo dia ada terbaca artikel ringkas ni (ringkas ke), talipon la mak slagi mak masih hidup. Sedihnya makcik macam BURUNG YANG KEHILANGAN SAYAPNYA. Ok Babai Encik Spark.

WOW WOW WOW makcik, sungguh RINGKAS yer surat makcik. di sini sy ada satu saranan. Kalo lagi seminggu anak makcik tak talipon makcik, makcik bleh beli M16, tembak anak makcik dari belakang. Sesuai kan??

ok tutup bab makcik Bedah. Tapi alang2 bukak cerita yang dah menyimpang dari tajuk asal ni, aku nk ucap Selamat Hari Ibu kat semua ibu dalam dunia terutamanya IBUKU.

Dari surat kat atas dah nampak besarnya skop BURUNG KEHILANGAN SAYAP ni kan?? Ok papehal lu nilailah sendiri. Gua nak kemas barang dulu, sok nak balik hometown gua kat Kedah.

Kata2 akhir gua,

"You don't need the wings to fly, all you ever need is yourself"

Harap korang paham. Adios Amigos.

Assalamualaikum... :)

Thursday, May 6, 2010

Pemulaan sebuah kehidupan...

Assalamualaikum...

kehidupan??

permulaan??

kenapa??

dugaan??

rintangan??

kenapa??

jalani hidupmu sambil memikirkan jawapannya...

setiap permulaan mesti ada pengakhiran bg kehidupan seorang makhluk...

bersedia atau tidak, ajal itu pasti tiba...

(post first, ringkas2 jer) :)