Tuesday, May 18, 2010

Rhythm of The Creature...

Kisah kehidupan ni kalo diceritakan, 17 keturunan pun takkan abis lg. Kisah suka, kisah duka, kisah bahagia, kisah derita, pelbagai kisah yang terkandung dalam kamus atau diari yang menceritakan tentang perjalanan hidup seseorang manusia samada dari suka ke duka, dari bahagia ke derita, dugaan dan rintangan yang silih berganti dalam mencapai satu tekad atau azam yang tersemat di dada.

Kisah aku? sori der, blog aku ni bukan utk cerita tentang aku saje, tp aku nk cerita tentang macam2 yang aku nampak dalam perjalanan hidup aku. Bukan bermaksud hidup aku penuh dengan kepayahan, sebab aku dah dengar banyak kisah hidup orang yang lagi payah, lagi susah, lagi derita.

Aku?? aku adalah aku. aku bukan kamu, dan aku tidak bisa menjadi orang lain selain diriku. kerna aku telah ditetapkan utk menjadi aku yang tidak mungkin bisa menjadi dirimu yang benar2 lain dari diriku.

Aku tetap aku. irama hidupku beralun, tidak pernah sekata. sentiasa berubah2 mengikut arus gelombang dunia semasa, pegangan prinsip menjadi panduan didalam meneruskan kehidupan. Irama aku terkadang syahdu, terkadang pilu, terkadang berlagu riang, terkadang sunyi tanpa sebarang nada.

Irama Hidupku, Irama Hidupmu berbeza, tapi kita tetap makhluk Tuhan yang biasa.

Assalamualaikum...

2 comments:

pharie said...

woot wooot!

nama aku Hassan / Spark said...

woot woot jugak!

Post a Comment